Search This Blog

Artikel Susu Kambing Asli




Minum Susu Kambing-sunnah nabi 
Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing 
Susu Kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk 
kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh 
diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. 
Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan 
susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

Mengapa kambing menjadi pilihan Allah? 
1. Memelihara kambing merupakan sunnah nabi-nabi. 

Walaupun ada unta, soalnya mengapa para nabi ditarbiyahkan dengan mengembala 
kambing? 

1. Kambing ni suka belah jemaah (berpecah). Kalau dalam satu kumpulan kambing 
mesti ada seekor yang lari. Jadi, kesabaran pengembala teruji. 

2. Kambing suka makan rumput. Tapi kambing tak suka makan dekat padang ragut 
yang disediakan untuknya. Kambing lebih suka makan tanaman jiran. Maknanya, 
memelihara kambing memerlukan pengawasan yang maksimum dari tuannya. 

3. ”Saya pi Mekah, saya tengok kambing-kambing ni jilat lumut kat atas batu” 
Dr. Jamnul Azhar. Kambing ni jilat lumut yang kaya dengan khasiat-khasiat 
pemakanan. Kita tak boleh jilat lumut sebab tu kita cuma minum susu kambing. 
Nabi SAW meminum segelas susu panas sebelum tidur. 

Tidak terkecuali nabi-nabi itu dari mengembala kambing. 

Bela kambing mengajar rasa tawaduk. 
Kenapa tidak unta? Ya la unta kan besar nak dibandingkan dengan kambing. Unta 
dan kambing diibaratkan kereta Ferrari dan kereta Kora. Ditakuti jika 
memelihara unta akan lahir sifat mazmumah seperti sombong, riak dan bangga 
diri. 

Kata Nabi SAW: ”Bela la kambing kerana padanya ada barakah/keberkatan” . 

Nabi SAW disusui oleh ibunya Saidatina Aminah. Kemudiaan diserahkan kepada 
Halamatus Saadiah sebagai ibu susunya yang kedua. Memang menjadi kebiasaan 
orang Arab menyerahkan anak-anak mereka kepada ibu-ibu di kampung yang baik 
akhlaknya. 

Susu kambing boleh meningkatkan IQ, EQ 
Terdapat 40 antibodi dalam susu ibu bagi seorang ibu. Jika 2 orang ibu, maka 
anak itu akan mendapat 80 antibodi. 

”Adik saya, anak dia disusui oleh 2 ibu. Dia tinggal di Jordan. Dan terbukti 
anak itu lebih cerdas, cergas dan cerdik .” 

Susu kambing hampir-hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Jadi susu kambing 
ni boleh jadi susu alternatif kalau ibu tak dak susu. 

Bagi orang yang minum susu kambing, sama macam menyusu dekat 2 ibu. Dia dapat 
80 antibodi. IQ tinggi dan EQ stabil. 

Susu ibu + ibu susu (susu awal ibu) = anak hebat. 

Perbezaan susu kambing dari Barat, Afrika dan tempat-tempat lain. Mana paling 
baik? 

Seelok-eloknya susu kambing tempatan. Kambing ni akan makan sehari 40 pucuk 
yang berbeza menghasilkan 40 antibodi. 

Susu kambing baik dijadikan sebagai supplement dan BUKAN menggantikan susu ibu. 

Kadar lemak, protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein 
dan air yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan 
menghasilkan susu awal ibu (ibu susu). 

Semua peringkat anak-anak boleh minum susu kambing. Tak dak masalah. 
Termasuklah para remaja, dewasa dan golongan ’ranum’. 

Susu kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh manusia. 

Bagi orang dewasa, susu kambing juga baik sebagai pelawas yang dapat 
mengelakkan penyakit undigestable food (sembelit). 

Susu kambing mempunyai kalori yang tinggi. 

Ia juga dapat menguatkan tenaga lelaki dan perempuan. 

”Perempuan-perempuan yang meragam tu elok diberi minum susu kambing” Dr. Jamnul 
Azhar Mulkan. 

Susu kambing tidak akan rosak walaupun dibekukan. Khasiatnya takkan hilang 
berbanding susu-susu lain, susu lembu contohnya. 

Sunnah meminum susu kambing pada setiap hari Selasa dan Jumaat.